“Healing Power Of S0lat Allahuakbar” Lak0nan Norreen Iman Dalam Cina Buta Bikin Netizen Terhibur

Lakonan Norreen Iman yang membawa watak bernama Norreen dalam drama bersiri Cina Buta sering membuatkan penonton tidak kering gusi tatkala menonton drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini sejak bersiaran pada 19 Disember tahun lepas.

Watak Norreen Menghiburkan

Menjengah ke akaun TikTok pesonaliti media sosial yang kini bergelar pelakon ini, Norreen memuatnaik klip video babak lakonannya yang lucu dalam drama Cina Buta.

Muatnaik tersebut mendapat perhatian warganet, apatah lagi rakaman yang dikongsikan berkenaan penuh dengan elemen jenaka yang unik.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihat lakonan personaliti media sosial ini dan memberi pujian terhadap lakonan yang dibawa Norreen Iman.

“Noreen ni macam tak ikut skrip ke. Adoilah kelakar dia ni.”

“Noreen ikut skrip ke tak ni? Macam Spontan.”

“Kenapa kepochi sangat watak dia ni.”

“Macam tu je dia ambil barang orang tengok kan, Noreen Noreen.” Komen mereka.

“Sempat dia tengok apa dalam beg Alif tu ya.”

“Noreen memang kena jadi diri dia sendiri ke hahaha.”

“Healing power of solat Allahuakbar”

“Berdekah aku wei. Sumpah aku suka gila lakonan Norreen.” Komen mereka lagi.

“Healing power of solat. Allahuakbar. Macam bukan skrip je si Norreen ni. Main bedal je tu gayanya berdialog.”

“Kau memang berbakat lah kak berlakon walaupun gila tapi memang real, tak macam berlakon.”

“Air tangan je lah ya.”

“Nanti akak @NORR33N dapat banyak award, salah satunya pelakon komedi wanita terbaik.” Komen warganet

Drama Cina Buta yang bersiaran pada 19 Disember lalu telah melabuhkan tirainya semalam dengan jumlah siri sebanyak 18 episod. Drama ini dibintangi Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz, Alif Aziz, Puteri Aishah, Azhan Rani, Norreen Iman, Aman Aziz, Didie Alias, Anas Ridzuan dan Shamsul Ghau Ghau.

Banyak babak-babak dengan elemen komedi dan lucu dalam drama Cina Buta ini, jadi tidak hairanlah penonton sering terhibur disamping menghayati jalan cerita yang di sajikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: muraiMY

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Healing Power Of S0lat Allahuakbar” Lak0nan Norreen Iman Dalam Cina Buta Bikin Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*