“Anita Baharom Kahwin Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” Shuib

Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtumengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie Hanafiah.

Memetik Astro Gempak, Shuib berkata dia hairan dengan segelintir netizen yang kurang senang jika dia berkahwin dengan Watie. Malah, ada netizen terus menilai wanita itu akan menjadi ibu tiri yang garang.

“Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

“Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia… belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam… boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

“Saya jadi tak faham… mungkin orang ambil berat fasal saya sebab itu mahu yang terbaik untuk saya tapi bila kita nak berumah tangga, kita saja yang tahu, yang kenal pasangan, kita saja. Mungkin orang hanya nampak luaran saja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui adakalanya dia rasa rimas dan sensitif apabila ditanya mengenai soal pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

“Kadang-kadang saya jadi sensitif bila orang tanya ‘dah ada pengganti ke?’. Soalan itu agak sensitif buat saya.

“Bukan apa, kalau kita sedih orang tahu… tak tahu la nak cakap orang tak faham ke atau mungkin memang mereka ambil berat kot,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Anita Baharom Kahwin Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*