“Biar Gambar Berbicara..” ‘Upload’ Foto Mesra Bersama Ibu, Anak-Anak Datuk Zainal Sok0ng Isteri Pertama?

Baru-baru ini, tular berita mengenai isteri pertama menyerang isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.

Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelutan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.

Difahamkan daripada laporan pihak polis, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu menyindir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Walaupun kedua-dua belah pihak disahkan sudah membuat laporan polis, namun Fyna mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan hal berkenaan secara terperinci dan lebih memilih untuk mengunci mulutnya.

Melalui tinjauan di Facebook, salah seorang anak Zainal Abiddin ada memuat naik foto mesra mereka sekeluarga.

Biarpun dirinya tiada di dalam foto berkenaan, jelas terlihat anak lelaki Zainal yang bernama Zaifiq Zainal seakan-akan ingin memberitahu anak-anak akan sentiasa menyokong ibu tercinta mereka.

Sekadar info, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini sejak tahun 1985 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: beautifulnara

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Biar Gambar Berbicara..” ‘Upload’ Foto Mesra Bersama Ibu, Anak-Anak Datuk Zainal Sok0ng Isteri Pertama?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*