“Heii Tak Suka Sudah” Zarina Zainuddin S4kit H4ti Bila Netizen Tanya Pasal Bentuk Hidung

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tampil memberikan teguran terhadap segelintir netizen yang masih mengutuk paras rupanya setelah melakukan pembedahan disebabkan masalah sinus.

Masih Baca Mesej Netizen Yang Mengutuk Wajahnya

p

Menurut Zarina menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia masih membaca mesej-mesej netizen yang mengata mengenai bentuk hidungnya itu.

“Saya masih lagi baca mesej-mesej yang mengata mengenai bentuk hidung saya. Tak cantik pun bentuk hidung saya ni pendek tak mancung pun,

saya kata operate sebab sinus dia pulak cakap itu ini. Wajah dah tak cantik dulu manis sekarang tak suka nak tengok.”-tulis Zarina

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Gaduh Dengan Orang..”

Tambahnya lagi, disebabkan rasa sakit hati dia akui terpaksa sekat akaun para netizen yang mengutuknya dan menjelaskan bahawa dia bukan masih kanak-kanan untuk bergaduh dengan orang lain.

“Heii tak suka sudah, saya yang sakit ke awak yang rasa sakitnya. Saya terpaksa block mereka-mereka yang saya rasa tak perlu tengok saya.

Saya jadi sakit hati. Saya bukan budak-budak nak gaduh-gaduh dengan orang. Saya pun sibuk. Lebih baik saya jaga keluarga saya.

Pada yang masih sayang saya, terima kasih terima saya seadanya ❤️. “-Tulis Zarina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Sekadar info, Zarina sebelum ini pernah menceritakan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan hidung disebabkan masalah sinus dan migrain yang teruk. Jelas Zarina, dia telah berjumpa dengan doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: muraiMY

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Heii Tak Suka Sudah” Zarina Zainuddin S4kit H4ti Bila Netizen Tanya Pasal Bentuk Hidung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*