“Jasad Ditemui Dalam Semak,..” Akh!rnya P0lis S4hkan M4yat Zarina Telah Dikenalpasti..

Kuala Terengganu: Identiti mayat wanita yang ditemui dalam semak di Marang, Khamis lalu sudah dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar.

petua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pengesahan identiti wanita berusia 57 tahun itu dibuat berpandukan kepada padanan rekod cap jari yang tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Pengesahan juga dibuat melalui Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Saya akan mengadakan sidang media berhubung kes ini dalam masa terdekat.

“Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang seminggu dan ada tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zain berkata, pihaknya akan mendapat mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Marang, dekat sini, esok.

Malam tadi, media melaporkan polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti identiti mayat wanita yang ditemui di Marang, Khamis lalu.

Jumpa mayat wanita dalam semak

Marang: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat ditemukan orang awam yang mencari daun palas di kawasan itu yang terletak 30 meter dari jalan utama.

Katanya, pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 2.30 petang dan pasukan ke lokasi mendapati mangsa terlentang di dalam semak dengan kakinya di tepi tebing.

“Mangsa berseluar panjang hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan tudung hitam.

“Tiada sebarang kesan pergelutan mahupun tompokan darah di lokasi, manakala pemeriksaan atas mayat oleh pasukan forensik juga tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zain berkata, mangsa juga masih memakai cincin dan rantai leher emas, malah tiada bukti fizikal yang ditemui berhampiran lokasi yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa sudah empat hari meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk sama ada kematiannya berunsur jenayah,” katanya yang memberitahu buat masa ini kes diklasifikasikan mati mengejut.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga wanita supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: sahifa

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jasad Ditemui Dalam Semak,..” Akh!rnya P0lis S4hkan M4yat Zarina Telah Dikenalpasti.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*