Oleh kerana tidak berpuas hati dengan cara penyanyi dangdut, Mas Idayu memberi komen ‘pedas’ terhadap penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo, netizen mendesaknya untuk memasuki program Gegar Vaganza musim baru.
Perkara tersebut disuarakan oleh netizen kerana ramai yang mahu melihat sehebat mana nyanyian Mas Idayu kerana sebelum ini banyak saja dia memberi komen ‘hentaman’ dalam program TV.
SAYA CABAR MAS IDAYU MASUK GEGAR VAGANZA !
KALAU BERANI, MASUKLAH !
Retweet tanda setuju
Like tanda setuju juga tapi dalam versi bukan Retweet— naufalantezem (@NaufalAntezem) January 23, 2023
Perkongsiaan yang dilakukan dalam platform Twitter itu telah mendapat sambutan netizen dan rata-rata turut bersetuju dengan cadangan individu yang membuat ciapan tersebut.
Bahkan, mereka juga tidak sabar untuk melihat penyanyi dangdut berkenaan dikritik para juri jika memasuki program nyanyian tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang sempat berseloroh membayangkan situasi jika penyanyi berumur 51 tahun itu benar-benar menjadi peserta Gegar Vaganza.
Sebelum ini, Mas Idayu memberi komen ‘pedas’ terhadap persembahan nyanyian duo, Sissy Iman dan Naim Daniel, dimana dia merasakan nyanyian mereka terlalu kasar ketika membawa lagu Jampi versi keroncong.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA
Sumber: beautifulnara
PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kalau Ber4ni Masuklah!” Sering Bagi Komen ‘Ped4s, Netizen Cab4r Mas Idayu Masuk GV"