[VIDEO]”Dari Dulu Orang Fitn4h Aku..” Dayana Roza Komen Isu Hubungannya Dengan Jorge Lorenzo

Nama pelakon, Dayana Roza dilihat membuat perkongsian di Tiktok mengenai persahabatannya dengan bekas pelumba MotoGP, Jorge Lorenzo yang pernah menjadi mangsa fitnah di media sosial selepas berkongsi foto ketika bercuti di Bali, pada tahun 2019.

Pernah Jadi Mangsa Fitnah Punya Skandal Dengan Jorge Lorenzo

Menurut Dayana menerusi video yang dikongsi di Tiktok, ramai yang memfitnahnya mempunyai skandal dengan Jorge Lorenzo, walhal dia sudahpun mempunyai teman lelaki ketika itu.

“Dari dulu orang fitnah aku macam-macam kata aku skandal dengan dia. Padahal aku dah ada bf orang tak tau.

Dulu dia pernah janji nak datang KL. Tapi COVID-19. Lepas 3 tahun, dia datang jugak. Aku dah kahwin dan ada anak pun.”-Tulis Dayana

Titip Harapan Agar Persahabatan Berkekalan

Dalam pada itu, pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini menyatakan bahawa dia telahpun memaafkan mana-mana pihak yang pernah melemparkan fitnah terhadapnya, malah turut menitipkan harapan agar persahabatannya dengan bekas pelumba MotoGP berapanjangan selamanya.

“Yang mana pernah fitnah aku tu takpe la. Aku maafkan. Kadang tak semua benda aku perlu share kat media sosial sebab korang bukan kawan susah senang aku pun. Kalau tak pernah pinjamkan bahu untuk aku nangis tu baik diam je.

Semoga persahabatan aku dengan kau kekal selamanya. Hujung tahun ni aku dengan laki aku datang tempat kau pulak okay teacha! Thank you for the friendship bro. See you in Europe Jorge!.”-Titip Dayana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: muraiMY

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO]”Dari Dulu Orang Fitn4h Aku..” Dayana Roza Komen Isu Hubungannya Dengan Jorge Lorenzo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*