“Zainal Abidin sedang sibuk,..” tak bersedia beri penjelasan isu isteri bergad0h

Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan memaklumkan dia tidak bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan susulan isu pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo,  bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C yang berusia 62 tahun itu mendedahkan jadualnya pada ketika ini sangat sibukdan meminta media untuk menghubunginya pada hari kemudian.

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku). Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isteri-isteri kepada bekas jurulatih bola sepak bergaduh di sebuah restoran terletak di Shah Alam, Selangor kerana salah faham.

Namun begitu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen,”katanya.

Bukan itu sahaja, kedua-dua wanita berkenaan turut menarik rambut sesama mereka dan pertengkaran yang berlaku di dalam restoran juga dibawa sehingga ke bahagian luar.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran. Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: Kosmo (Mohd. Haikal Isa)

PERHATIAN: Pihak@FIONA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak@FIONA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Zainal Abidin sedang sibuk,..” tak bersedia beri penjelasan isu isteri bergad0h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*